Bangganya menjadi Melayu-Islam yang berbahasa Melayu
~KONVENSYEN MEMPERINGATI KEJATUHAN EMPAYAR MELAYU ISLAM MELAKA 1511-2011~
*peringatan: kalau anda anti-Melayu, sila beredar dari tajuk ini. wee..
*pendapat semata2. Maaf kalau ada yang terguris. =)
Alhamdulillah… 29 Jan aritu, sye baru saja menghadiri Konvensyen Memperingati Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka yang dianjurkan oleh ISMA dan PEMBINA bertempat di UTEM Melaka. Memang rugi la siapa yang tak pergi, nak2 orang Melaka kan. Ok, pertama skali, jujur la saya cakap, memang saya ada tertidur pun…hee maaf yer wahai Tuan penceramah. Mule2 tu, cerita pasal sejarah sangat, terlalu fakta, sebab itulah saya agak mengantuk.. wee.. maaf jugak, kalau saya katakan, kadang2 tu, entah kenapa, saya rasa ade sedikit unsur politik dalam perbincangan itu, tapi tidak mengapalah, sikit saja, atau mungkin juga saya yang tersilap mentafsir. Walau ape pon, banyak perkara menarik yang ingin saya kongsi bersama.
Hurm ckp pasal MELAKA kan. Wah bangga2! Hehe. Bangga lagi saya sebagai org MELAYU. Tp paling bangga sebab saya orang ISLAM.. Alhamdulillah..=) Kegemilangan Melayu, manfaatnya bukan hanya kembali kepada Melayu. Tetapi tuahnya kembali kepada Islam. Melaka adalah pusat penyebaran dakwah Islamiah. Kegiatan tarbiyyah berjalan di sini. Di tanah air ini. Kedatangan Alfonso de Albuquerque dari Portugis ke Melaka telah memusnahkan ketamadunan Islam di sini. Mereka mahu melunaskan dendam Perang Salib mereka. Mereka tahu, memusnahkan Melaka akan memusnahkan satu lagi titik kekuatan Khalifah Abbasiyah (*betulkan jika saya silap) yang menaungi umat Islam di seluruh dunia itu.Nak ikutkan, bnyk perkara yg dibincangkan, terutamanya bab sejarah kan. Tapi kalau nak cerita kat sini mmg confirm la korang tidur kan..hehe. Diringkaskan dlm satu ayat, ape yg saya dapat dari konvensyen, ‘saya bangga menjadi bangsa Melayu Islam yang dilahirkan di Tanah Melayu (MELAKA) serta berbahasa Melayu’. Sebab pertama mestilah, kita kena bangga dgn kejadian kita yang Allah cipta. Bangga dengan cara bersyukur dan jangan merasa malu untuk mengaku diri anda sebagai bangsa Melayu. Jadi anda semua, jangan malu2 berbahasa melayu ye wahai anak melayu! Jom berbangga dengan bahasa yang kita warisi. Khazanah tu kan. (Nak speaking melayu jela discussion group lepas ni..haha..gurau2 =P)
Sebenarnya, sebelum konvensyen tu, saya agak kurang faham kaitan antara ISMA dgn sejarah Melaka ni. Yelah, ISMA sepatutnya pasal agama, tapi apasal tiba2 pulak cerita pasal sejarah Melaka ni? Hoho. Begitu ceteknya pemikiran saya kan. Lepas tu baru saya faham dan baru saya tersedar. Macam ni tau, kalau orang sebut Melayu, mesti lah orang akan fikir ‘itu orang Islam’. Sebab tu, jaranglah kan org sebut ‘Melayu-Islam’. Sebab bangsa Melayu mmg dikenali sebagai makhluk Allah yang beragama Islam. Tapi kalau orang India atau Cina Islam, mesti akan digelar sbg ‘India-Muslim’ atau ‘Cina-Muslim’. Hurm betul3!
Firman Allah swt : Wahai manusia , sesungguhnya kami telah mencipta kamu yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dan kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling mengenal antara satu sama lain . Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah swt ialah yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Al Hujurat : Ayat 13
Firman Allah swt : Sebahagian tanda-tanda keagungan Allah swt ialah penciptaan langit dan bumi dan berbeza bahasa lidah dan warna kulit kamu . Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda [ keagungan Allah ] bagi orang – orang yang mengetahui .
Ar Ruum : Ayat 22
Bangsa itu penting dan Islam itu yang menyempurnakan nikmat bangsa. Nikmat sbg bangsa Melayu. Lebih sempurna apabila kaum Melayu itu dikurniakan hidayah menuju mardhotilah. Kerana tiadalah erti dan nilai pada bangsa bertuah ini andai tidak berada di atas petunjuk Allah swt, agar perjalanan hidup di dunia ini tidak sesat,serta kelak di akhirat bebas dari kemurkaan dan azab api nerakaNya. Tambahan pula, kalau dikaji sejarah kejatuhan tamadun, kita boleh nampak banyak zaman kejatuhan sesuatu tamadun itu yang berkait rapat dgn perubahan akhlak serta faktor ilmu agama mereka yang semakin cetek serta kurangnya perasaan muhibbah di kalangan mereka. Sebab apa begitu? Sebab tiada lagi perasaan takutkan Allah dalam diri mereka. Mereka leka. Sbg contoh, empayar Melaka yang jatuh kerana penghayatan agama masyarakat mereka yang semakin berkurang yang berlaku pada zaman Sultan Mahmud Syah.
Islam itu hebat! Tidak dapat memikulnya melainkan orang2 yang hebat. Eyh korang, kita tau kan ISLAM ITU HEBAT!? Dan kita tahu asal usul Melayu beragama Islam. Oleh itu, semestinya, MELAYU ITU HEBAT! Setuju tak awak? Hee
Iye awak, betul, tak payah sangsi lagi la. kita memang hebat! Tapi hebat yang macam mana tu? Hebat merokok? menagih dadah? Hebat berzina? Hebat merasuah? Hebat buang anak? Hebat buang mase? Erk…apekah...? =.=’’ ape semua tu??? Tak guna la kan kalau kita nak mengaku diri ini hebat tanpa sebarang usaha untuk menghebatkan lagi diri ini. Ape hak kita nak mengaku hebat sebagai bangsa yang beragama Islam kalau diri sendiri ni huru-hara? Bangsa kita huru-hara? Ape sumbangan kita terhadap Islam, sampai nak mengaku kita ni hebat?? Okay, tak payah nak hebat2 sgt ahhhh kalau kita masih tak mampu nak berhijrah ke arah kebaikan, masih di tampuk lama. Mane anjakan paradigma yang selama nih seharusnya menjadi resolusi kita?? Kalau gejala sosial masih berleluasa dan mungkin jugak semakin berleluasa? Xyah la kita nak salahkan siapa2 dalam hal ni. Cukup lah kita mulakan dgn muhasabah diri sendiri dulu. Kalau kita sayang bangsa kita, kita sayang agama kita, mulakan dgn diri sendiri dulu. Kemudian baru pergi kepada anak bangsa, keluarga, masyarakat, pemimpin, negara. Tak payah nak berdolak dalih, tuding2 jari. Eh penat kot dengar.
*opss ter emo lak. Maaf2…hee.. ok, motif dia, satu je. Jom kite tarbiyah diri sendiri dulu, di samping, beramar makruf nahi mungkar ye. Saling ingat mengingati antara satu sama lain. Saling berkasih-sayang sesama umat. Fikirkan hala tuju agama kita, bangsa kita. Macam mana nak buat tu? Bersatu padu lah kawan2. Even kita sebagai pelajar, jangan la kita fikir ‘’saya pelajar je, ape yg sye boleh buat? ‘’ atau ‘’erk, sye xpandai la bab2 nih’’, etc2….jangan la ingat tujuan kita hanya untuk belajar untuk diri sendiri je. Dalam masa yang sama, tak salah kan kalau kita sebarkan kat kwn2 ape yg kite tau, saling menegur kalau kwn buat salah. Bersatu padu dlm menelaah. Jalinkan ukhwah yang suci kerana Allah. InsyaAllah, kalau semua masyarakat Melayu bersatu padu membangunkan ummah, akan lahirlah masyarakat melayu zaman lampau yang dikatakan dalam sejarah bahawa Melayu zaman lampau itu kuat pegangan agamanya,lembut tutur bicaranya, baik peribadinya serta bijaknya mereka dalam berdagang dan berbagai2 lagi sifat2 mahmudah yang mereka teladani seperti mana disarankan oleh Islam.
“Tidak beriman salah seorang darimu, hingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Erm konklusinya di sini, nampak tak, pentingnya bangsa Melayu ni untuk menaikkan nama Islam. memperhebat Islam sepertimana sejarah yang pernah tercipta. Memang bangsa melayu itu penting dan kita seharusnya berbangga dengan bangsa Melayu serta bahasa Melayu itu sendiri. Dah bangga tu, jangan lupe pula, kite kan membawa name Melayu serta paling penting, kita menjunjung nama Islam. Oleh itu, marilah bersatu padu membangunkan ummah demi mencari keredhaan Illahi. Usah malu dengan bangsa lain kerana kita Melayu yang hebat. Kalau dahulu, kita boleh berdiri setaraf kuasa China. Kita boleh menguasai 2/3 dunia. Kenapa tidak sekarang?? Bangkitlah wahai jiwa muda! Umat Islam harus cemerlang. Ayuh majukan Islam! Majukan Melayu!
Saya, anak Melayu Melaka yang beragama Islam + berbahasa Melayu memohon maaf andai ada salah dan silap dalam menyusun kata. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, manakala yang buruk dtg daripada saya. ^^
"Sesiapa yang duduk sahaja tanpa ingin menegakkan syariat Islam, maka setiap saat dia menanggung dosa. ''
-(As-Syahid Imam Hasan Al-Banna)-
~by : anak Melayu~
*terima kasih penasihat HD yang membantu urusan mengedit..=)








