Monday, May 30, 2011

KAIN BERKUALITI UNTUK DIJUAL~ DIIMPORT DARI INDIA


assalamualaikum

PENGUMUMAN!


KAIN UNTUK DIJUAL

HARGA BERPATUTAN!
KAIN BERKUALITI~
SIAPA CEPAT, DIA DAPAT!


CHIFFON

CREPE


CREPE SILK - PLAIN COLOUR

CREPE SILK - aneka corak

GEORGETTE 

CHIFFON

SONGKET INDIA



DAPATKAN TEMPAHAN DENGAN SEGERA~ =)
LAYARI LAMAN WEB 
untuk maklumat lanjut ^_^
SILA KLIK,


ATAU KLIK INI


SEKIAN ^^

MANIS~




kepahitan boleh berubah menjadi manis
mungkin sangat susah untuk ditelan,
tapi bila kita lalui segala kepahitan itu bersama orang yang kita sayang,
bila orang yang kita sayang sentiasa bersama kita,
serta menyayangi kita seadanya,
xkira apa pun keadaan,
walaupun itu merupakan detik paling sukar dalam hidup kita,
walaupun xde orang yang tahu kepahitan yang kita lalui,
semua tu boleh jadi manis!
pelik kan.
tapi itulah hakikat.
terima kasih kerana menyayangi saya, mak, bapak =)

Saturday, May 21, 2011

MOHON AMPUN AKU ~











Ya Allah, malam ni aku tewas lagi
Tewas mengawal perasaan
Aku gagal menahan air mata dari mengalir
Teringat apa yang berlaku kelmarin,
Dosa2 lalu yang masih terbayang2

Mungkinkah apa yang aku lalui kini,
Adalah hasil dari setiap kesalahanku pada masa lalu
Yang harus aku bayar

Luka di hati yang belum pun sembuh,
Kini semakin bertambah
Parut yang mungkin takkan hilang.
Kini semakin parah.

Bagaimana lagi harus ku kuatkan hati ini
Agar tidak tersimpang jauh dari jalan-Mu?
Mengapa hati ini terlalu rapuh?
Diri ini terlalu mudah terpedaya dengan duniawi
Dengan kepahitan yang kusangkakan manis.

Hanya pada-Mu ya Allah,
Aku memohon,
Ikhlaskan hatiku dengan segala yang aku lakukan,
Redha hatiku dengan setiap ketentuan-Mu
Semoga bisa ku maafkan mereka dengan setulus hatiku,
Semoga tiada rasa benci di hati ini,
Semoga tidak ku ulangi lagi kesilapan lalu,
Bimbinglah hamba Mu yang hina ini
=’)

*Hidup ni macam drama kan.
Mungkin yang paling berbakat berlakon tulah yang kita sangkakan bagus,
Yang kita berikan ‘award’,  tahniah buat beliau,
Tapi sayang, beliau silap dalam memilih ‘watak’.
Semoga Allah mengampunkan beliau~

Wallahualam

Wednesday, May 11, 2011

ANTARA DUA

Susahnya jadi baek? -.-‘


~tujuan entry ini, adalah utk peringatan bersama.  MAAF broken English. Sbg persiapan menghadapi MUET juge.. :D~



It’s really hard to be good. We always taught to be GOOD towards others since our childhood. I always think about the way of BEING GOOD and DOING GOOD. Have I been GOOD through my life? Everything depends on individual. We’re the only one to choose between two, whether the right one or the wrong one? *like the poem the road not taken?? -.-‘.. For sure, everyone wants to be GOOD. Indeed, anything that is GOOD will always be our choice, isn’t it?

Sometimes people thought they had been GOOD enough, instead, they don’t? Ya Allah, forgive me. Forgive me, people. Was it my bad? -.-‘

And why is it like that?

 Maybe it was me, who can’t make a GOOD decision to get the best result of what I did?

Why my brain can't always make GOOD decisions?

But can the BAD thing I did, be GOOD thing for others?
for me,  yes! it could be. I mean, maybe by being BAD, other people may get some lessons from what we did. And how is that? Yeah, by knowing that oh my God, they’re doing BAD thing. Let’s not do it! ‘’I don't want to make the same mistakes they did, doing things that can affect other people's life without knowing that is’’. Simple huh~

HOW TO BE GOOD? ADA APA DENGAN MENJADI BAIK?

Some people claims that to be GOOD, we’ve to be a loving person, towards anyone or even anything.  LOVE? Of course we have it, right?! We were born as a human being with a heart. If we use our heart we can always be a good person. So when you’ve to differentiate between good and bad, USE YOUR HEART wisely. All of us can be a good person. God willing, insyaAllah.

*Hakikatnya, semuanya kembali kepada siapa kita? Hanya hamba Allah yang tercipta untuk menjadi khalifah, beribadah kepadaNya, mengabdikan diri hanya kepadaNya. Layakkah kita melakukan kemungkaran di hadapan Allah? =(

 But, sometimes people choose to be bad rather than the good one? Why? Perhaps, they’ve their own story that we don’t know. Maybe some people think that being GOOD make us really hard to achieve something? Do they want to live easier than others? (Can this reason cause them to give and receive bribes?? Erk, sorry it just crossed my mind for a while-.-‘). Some people think that GOOD things don't always happen to GOOD people. Yeah, this may be true, GOOD people can suffer, but it's still GOOD to be GOOD! 

*Tapi pusing2 macam mana pun, everyone knows the real fact of being GOOD. At the end of the day, GOOD people will WIN! Kan? =)

BIASALAH TU~

Okay, ramai yang tak sedar, that there are few bad things that we did in our daily life. because its seems like 'benda biasa', yang tak penting. hurmmm biasalah tu kan!

For example,contoh terdekat, skip class! Yes u! *sape2 yang terase (no offence, mayb it’s me ;P) Unless, there’s emergency case. I don’t know ur experience or ur opinion about this, but I strictly think that skipping class is just a waste! And I always remember my teacher saying that ‘teachers’ blessings are the most important key in learning’.  Until now, i’ve no doubt about it. So, maybe we can consider it?? (Let’s make a different for phase 1B =D)

*Peraturan itu bukan untuk menyusahkan hidup anda! Begitu jugalah, kita sebagai Muslim, punya peraturan tersendiri yang Allah hadkan, untuk kesejahteraan hidup sekalian makhluknya^^

Nabi pernah ditanya, “Wahai Rasulullah, terdapat seorang perempuanyang biasa solat malam, puasa di siang hari, melakukan kebaikan dan bersedekah, tapi dia suka mengganggu tetangga dengan lisannya.” Rasulullah saw pun bersabda, “tiada kebaikan untuknya. Dia termasuk penduduk neraka.” Para sahabat bertanya lagi, “Sementara wanita yang lain hanya menjalankan solat wajib, bersedekah hanya dengan sepotong keju, tapi tak pernah mengganggu siapa pun.” Rasulullah menyatakan, “Dia termasuk penduduk surga.”
(HR. Al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad)

*Renungkan hadis di atas. Kelihatannya seperti perkara kecil kan? Tapi hakikatnya, Itulah dia. Makanya, jangan terlepas pandang  pada perkara yang kita ‘sangkakan remeh’.

The most important step to be good is to know which is right, which is wrong. And we called it as KNOWLEDGE! Let’s learn. Learn what the contents of Al-Quran are. Indeed, it is the best kitab we got. Maybe you cannot do everything, but at least you can do something. insyaAllah ^_^

ALLAH IS WATCHING~

      No matter, how good or bad u do, Allah is watching over you. And those will be reviewed later. 
*CCTV Allah yang sentiasa hidup tanpa rosak, tanpa pernah berhenti beroperasi. Ia akan diulangtayangkan serta dihisab segala perbuatan bila tiba masanya nanti. Subhanallah~
maka, Jadilah dikau orang yang baik. Berilah kebaikan terhadap orang di sekitar kamu. Dan terimalah kebaikan mereka dengan hati yang terbuka.

Dari Aishah r.ha berkata: Aku mendengar bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seorang mukmin yang berakhlak mulia memperolehi darjat seorang yang berpuasa dan beribadat sepanjang malam.
(HR Abu Daud)

"The best man was the most beneficial to mankind."

So, Have you always been a good person? Being good and doing good : to our Creator? To our prophet? To our parents? our children? Teachers? Friends? Country? Be ‘nice’ to the laws?

Jom muhasabah diri. Tepuk dada, Tanya iman. insyaAllah =)



Perburuan untuk merasai kemanisan iman adalah perburuan seumur hidup” dan “Allah menilai kita, apakah kita sudah berjalan bukan apakah kita telah sampai”.
-ustaz pahrol-






Sedikit tips menjadi baik, dalam berhubungan sesame manusia, di samping mencapai kemanisan Iman. insyaAllah =)

INGAT 2 PERKARA :

•             Kebaikan orang pada kita
•          Kesalahan kita pada orang

LUPAKAN 2 PERKARA :

•        Kebaikan kita pada orang
•  Kejahatan orang terhadap kita

(Sumber: solusi isu 30)

*namun tanpa kita sedari seringkali kita memilih yg sebaliknya. selalu sangat~

Wallahualam~

Tuesday, May 10, 2011

MAK, BAPAK ........ =')


AKU CINTA KAMU SELAMANYA ^^



baru balik dari jusco =')

Tibe2 teringat zaman dulu2.

Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil” .
( Al Isra’ ayat 23-24 )

Saye tersangat la degil, susah sangat nak dgr ckp mak. Sampailah satu mase, sye ‘dipakse’ untuk isi borang kemasukan ke MRSM.

 *oh hancurnya hati saye saat tu. 
Sungguh, saye sayang sangat kawan2 di SMKBK.
Hati kecil ini sering tertanya2, mak tak suke ke sye tinggal dengan mak? Jahat sangat ke saye sampai mak tak suke saye? sampai nak hantar saye ke MRSM? Namun, saye pendam dan turutkan saja kehendak mak dan bapak. (bese la, kecik lagi time tu, tak fikir matang..hihi).  sebelum berpisah dengan mak tu, sedih sangat, pertama kali saye kene duduk jauh dari family. Jauh dari rutin biasa saye, jauh dari suasana biasa saye (mungkin bagi korang sama je mana-mana pun, tapi bagi saye tidak.) Mase hari first tu, mak, bapak, kakak, adek hantarkan saye ke bilik saye, mereka jugak yang tolong mengemas semua sekali walaupun saye cakap nak kemas sendiri (mungkin mak xsampai hati nak tinggalkan saye kan mase tu  mak?? ^^) Sebelum berpisah, mak peluk saye, erat sangat. walaupun mak yang ‘pakse’ masuk asrama, tapi saye dapat rasakan mak berat sangat nak lepaskan saye. Tapi kami, masing2 xmenitiskan air mata pun.  Walaubagaimanapun,  saye tau, mak mesti sedih jugak kan mase tu =(. Lepas mak dah pergi, baru sye menangis, dgn memandang ke arah kereta melalui tingkap bilik (nak ikutkan hati, mahu saja sye berlari ke arah mak, peluk mak, dan bisik, ‘mak, jangan tinggalkan pika mak=(‘ ).  Penang-melaka? Utagha-selatan? . Nak balik hujung mgu? Jangan haraplah!

Abdullah bin Mas'ud r.a berkata : Saya bertanya pada Rasulullah saw.: Apakah amal perbuatan yang lebih disukai oleh Allah ? Jawab Nabi ; Shalat pada waktunya.Saya bertanya kemudian apalagi? Jawabnya: Berbakti kepada ibu bapa. Saya bertanya kemudian apa lagi ? Jawabnya: Jihad di jalan Allah (berjuang dalam jalan Allah/untuk agama Allah).
{ HR. Bukhari Muslim}

 lepas masuk mrsm tu, banyak betul benda saye belajar. Semuanya bermula dari hati dan pengalaman ini. Terima kasih mak, terima kasih bapak, sbb ‘pakse’ sye msuk mrsm. Andai sye terus degil tak masuk asrama dulu, mungkin sye bukan rafiqa yg ade skrg.

*baru saye faham kenapa mereka nak sangat sye masuk mrsm. Masuk sklh asrama. Di situlah bermula segalanya. Baru saya kenal erti tarbiyah. -.-‘
start kat mrsm, barulah nak belajar hidup berdikari sikit. Belajar untuk hidup berjadual. Fuhh, rindu sangat nak dengar mak marah, mak bebel2 kat sye mase tu. Mase kat mrsm, hari2 kene call, nanti mak dengan bapak merajuk (nasib baik public phone sebelah bilik je taw^^).  Sayu sungguh hati saye mase tu. =’). 
 Sampai sekarang pun, sebelum melangkah ke dalam dewan exam, saye akan call mak. (Saye percaye, kejayaan yang pernah saye kecapi selama ni, selain dari pertolongan Allah, salah satunya, adalah berkat doa mak buat saye. Itu penting sangat.)

Suatu hari, saye call rumah, tapi takde orang angkat. Hp? Lagilah, mak bukan tengok sangat hp nya. Esoknya, saye call lagi. Tapi masih, takde orang angkat pun-.-‘.  Saye mule fikir bukan2. Saye nanges diselubungi selimut. Lusanya, sye call lagi, Alhamdulillah ayah angkat. Hati sye mula rase tenang, sampai la bapak saye cakap, bapak baru  balik dari hospital.  Fikiran saye ligat fikir,

*ok ni bad news.
 Hurmm mak jatuh, tangan patah. Bayangkan klu berlaku kat mak awk? Sedih kan?  Tak perlu saye jelaskan perasaan saye di sini. Apa yang pasti, saye tak henti2 teringat pada mereka sejak mak patah tangan.
Sejak peristiwa tu, sye sering terfikir, ape mak tgh buat? Ayah buat ape pulak? Sihatkah mereka?

Dan sekarang, Alhamdulillah tengah cuti, saye tak payah fikir sangat semua tu. Sebab saye ade dengan mereka sepanjang mase. Tapi skrg,cuti tinggal seminggu.  Kalau mase cuti ni, saye yang mengambil alih tugas kakak untuk mengawasi blood glucose mereka dari semasa ke semasa, suntik insulin utk ayah,pastikan ayah makan ubat, urut mereka. nanti siapa pulak nak jaga mereka? bila kelas dah mula, saye dah tak boleh jaga mereka. Ya Allah, tolong jaga mereka  ya Allah, lindungi mereka dari segala bala Ya Allah. 
Mak, bapak, maafkan anakanda. Anakanda pergi merantau menuntut ilmu. Restui anakandamu.  insyaAllah, akan ku pulang bersama kejayaan.

Dan jika kedua memaksamu mempersekutukan sesuatu dgn Aku yg tidak ada pengetahuanmu tentang Aku maka janganlah kamu mengikuti kedua dan pergaulilah kedua di dunia dgn cara yg baik dan ikuti jalan orang-orang yg kembali kpd-Ku kemudian ha kpd-Ku lah kembalimu maka Aku kabarkan kpdmu apa yg kamu kerjakan”
[Luqman : 15]

Saya sayang sgt dgn mak dan bapak. Andai bisa saye terus berada di samping mak dan bapak, menjaga mak dan bapak, dgn penuh kasih sebagaimana yang mak dan bapak lakukan, akan saye lakukan. Tapi sye tau, mak dan bapak, mengaharapkan kejayaan dari anak mu ini kan? insyaAllah mak, bapak, diiringi doa dan restumu, akan ku perjuangkan segalanya. =’)

Allah juga berfirman bermaksud: ”Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan- Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya”.
(Surah An Nisaa’ : Ayat 36)

Betapa beruntungnya sye maseh punya seorang ibu yg sgt mengasihi anaknya, yg maseh memanjakan anaknya walaupun usiaku kini dah boleh kawen pon.! Haha *ok x boleh lagi, sbb sye belum puas bermanje dgn mak bapak saye..  I love you both!! Sayang banyak sangat!!

Ya Allah, terima kasih kerana telah mengurniakan mak dan ayah yang sangat hebat ini buatku!
Mak, terima kasih untuk melahirkanku dan segala2nya yang telah mak korbankan!
Bapak, terima kasih untuk segalanya juga. sebab menemukan wanita hebat ini sebagai isterimu serta sebagai ibuku~

Abdullah bin Umar melihat seseorang mengendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan kemana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?” Jawab Abdullah bin Umar: ”Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.”

Sabda Rasullulah bermaksud: “ Apabila manusia mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan orang tuanya.” Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah pasti mengangkat darjat bagi hamba-Nya yang boleh ke syurga.” Maka ia bertanya: “Ya Allah, bagaimana itu boleh terjadi? Allah menjawab: “Berkat istigfar anakmu untukmu.”

Jasa-jasamu itu tidak mungkin habis ku balas. Namun, akan aku usaha yang terbaik demi membahagiakanmu. insyaAllah =)


Dari anak mu yang paling comel! ~ =D