Okay, kali ni insyaALLAH, sye xtulis panjang2. Heee :D
DIA SILAP??? ITU MAKSIAT?? ITU DOSA?? PERANAN KITA MANA PULAK??
Semua orang buat silap.
Tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan.
Manusia mana yang tidak pernah buat silap?
Sebab itulah,
Orang sekeliling kita ni penting .
Kenapa penting?
Yelah, untuk mengingatkan kita, saat kita terleka.
Memberitahu kita saat kita dalam kejahilan.
Tapi?
Apa yang jadi di sebalik semua ni sebenarnya?
Instead of tegur dengan cara yg berhikmah,
Apa yang saya perasan,
Ramai yg lebih terdorong untuk menjauhkan diri daripada orang yang melakukan kesalahan tu.
"Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka perbuat itu."
(Al-Maidah: 78-79)
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lidahnya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya, namun yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Riwayat Muslim)
Hey dear! Came on la.
Why not,
Kita tolong beliau, tegur beliau baek2.
Daripada kite dok sibuk ngumpat2 belakang beliau,
judge2 orang bagai. N the worse is…
Sometimes, sebab ketidakpuasan hati terhadap beliau,
Lantas cerita berunsur fitnah pun tersebar
Dok fitnah benda yang kadang2 dia sendiri tak buat,
dok buat kesimpulan sendiri,
ataupun,
satu simple word, discrimination.!
*urghh pliss la. Jgn macam tulah dear.
Tak kasihan ka kat dia? Cuba letakkan diri awak di tempat dia?
Sebagai contoh, mari kita bayangkan situasi mengenai seorg wanita yg ber’’couple’’ atau ber’’dating’’. Okay, saya tahu kalau kita sebut je dating, orang akan assume, ceh! Anak2 muda zaman sekarang ni teruk lah. ni jelah keje diorang. Bile lah nak insaf. Mak bapak diorang tak ajar ka? Budak2 ni, mmg tak boleh nak ditolong lagi dah.
Erk..=.=’’ *dush~
Wait3!!!
Xleyh nk tlg dah?
*Shhhh……
Siapa cakap?
Macam mana la diorang nak berubah kalau awak tak pernah nak tolong tegur atau nasihat dia tu.
Boleh jadi dia tak tahu dating tu maksiat? Ada kemungkinan kan???
Boleh jadi dia lupa couple care mcm tu salah. (kenapa lupe plak? Sendiri maw ingat la!)
erk,
mane boleh macam tu, kita kan hidup saudara sesame muslim kene saling mengingati antara satu dengan lain. Kan3?
Awak lupe, saya ingatkan.
Lain kali, saya lupa, awak pulak ingatkan kan! =)
Misi kita kan sama2 nak martabatkan Islam, tak salah pun tolong menolong, korban sikit masa untuk saudara se-Islam kita.
"Barangsiapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lidahnya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya, namun yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Diriwayatkan Muslim)
Bantulah mereka!
Sebab kadang2 mereka sebenarnya inginkan bimbingan.
Tapi mereka malu untuk menyatakan hasrat itu.
Tambahan pula anda menjauhi mereka!
Oohhh dear, itu sangat tidak adil bagi mereka,
Kerana mereka perlukan anda!
Kalau bukan kita yang bantu untuk ubah mereka, siapa lagi kan??
(please, think about it)
Say no to discrimination!
Plisss dear..pliss3 =)
"Kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah."
(Ali Imran: 110)
"Jika kulihat umatku gentar berkata kepada orang zalim: Hai orang zalim!, maka mereka tidak layak lagi untuk hidup."
(Diriwayatkan Ahmad)
P/S: Beringatlah sebelum terkena. jangan mencaci orang lain tanpa usul periksa. sesungguhnya memfitnah itu lebih teruk dari membunuh. peace! ^_^
Wallahualam
luahan hati dari :
~hamba Allah yang mengasihani mereka yang didiskriminasi tanpa ditarbiyah terlebih dahulu~




