Monday, April 11, 2011

~ALHAMDULILLAH~

-NIKMAT BERSYUKUR-



*xmenarik mana pon, saje nk share, kalau tak nak bace, baek jangan bace :) 


Exam baru sahaja berlalu. Sekarang kami sedang menanti keputusan dgn penuh debaran. Malam semalam aku dan Nurul bermalam di rumah seorang sahabat. Dengan katil serta bantal yang empuk, aku masih tidak bisa lelap, walaupun temanku sudah tertidur setelah panjang kami bercerita bagi menghilangkan keresahan menanti hari keputusan esok. Fuhh.. sungguh.. takut sangat.

Bukan apa, aku sedar, aku ni tidaklah serajin mana. Mungkin boleh dikatakan malas jugaklah. Mungkin kerana itu, aku merasakan usahaku tidak cukup. Walaubagaimanapun, aku bertawakal kepada Allah.


‘’…Kemudian, apabila Engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal…’’
(Al Imran: 159)

                Sepanjang pagi itu, fikiran kami hanya pada keputusan yang bakal kami saksikan. Dari situ, aku dapat membayangkan, pasti akan ada yg bersuka ria dgn keputusan yg cemerlang tetapi akan ada juga yang berduka dengan keputusan yang kurang memberangsangkan. Ok, bagi aku ( mungkin juga bagi kami), sebagai student medic, gred A itu seakan2 tidak berapa penting. Ranking apetah lagi.  Yang penting, kami berjaya pass untuk masuk ke phase seterusnya.  Dah rase sgt bersyukur dah.

“……Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang…..”
(Ar Raad : 28)

Jam menunjukkan pukul 10 am. Aku masih merasakan ketidaktenangan hati ini. Lantas aku berwudhu’ lalu menunaikan solat dhuha. Alhamdulillah, setidak2nya dpt mengurangkan keresahan hati. Sesudah itu, aku mengajak Nurul menemaniku ke tesco untuk basuh kereta (sat g ayah nak dtg, kete kene la cantek2 sket..hee) .

Sepanjang perjalanan hatiku berkata sendirian.
‘’Ya Allah, sungguh aku redha dgn ape pon keputusan yg sudah Engkau siapkan untukku. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui segala keperluanku’’.  Malah sudah ku kuatkan hati ini untuk menerima sebarang kemungkinan.
              
 1.00 pm ~ 
kami masih menanti dgn penuh sabar. Sambil menghadap facebook, menanti berita dari shbt seperjuangan. Wall post terbaru  : ‘’ 94 lulus, 23 gagal’’ . ya Allah, apakah aku termasuk dalam kelompok pertama itu atau yg kedua? Aku berserah padamu ya Allah.

1.15 pm~
msg berbunyi,msg daripada seorang sahabat seperjuangan di RCMP (dalam hati, aku masih berdoa moga segala urusanku dipermudahkan, moga tiada berita buruk yag aku terima). Aku membuka inbox hp ku dgn tangan yang sedikit menggigil. Hanya Allah yang tahu perasaanku saat itu……..  
Lantas hatiku tidak putus2 menyebut Alhamdulillah. Tersangat2 bersyukur saat itu. Sungguh Allah telah memberi lebih dari apa yang aku impikan. Lebih dari sekadar lulus. Walaupun mungkin itu bkn distinction, tapi dah mampu membuat hatiku berasa tenang. Ya Allah, hambamu sgt bersyukur. =)

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan:
Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih“.
( Ibrahim : 7)
Okay, tapi…kejap! Itu result aku je… kawan2 aku cemane? Adeh… ya Allah, aku kembali memikirkan result semula. Benar, aku gembira selepas mengetahui result aku. Tapi itu tidak cukup, selagi aku tidak tahu result sahabat2ku. Rasa akan ada yang kurang kalau berjaya sorang2 je. Hati ini kembali berdebar.

2.30 pm~
Alaaa ramainya org. dari jauh ku lihat Hasunah dgn senyuman, tdk perlu ku tanya, Alhamdulillah pasti lulus. Di samping itu, Nurul menggenggam erat tanganku. Sambil kami bersama2 mencari nombor matriks nurul. berdebar2.
Adeh. ‘’mane ni. Ish tolonglah. Ya Allah, berilah yang terbaek buat sahabatku ini sebagaimana yang Kau beri padaku’’.
Tiba2 Azureen memelukku. Alhamdulillah, Azureen lulus!
Nurul?? Mane name nurul?!. Azureen, tlg cari nama nurul…
 Okay! Aku jumpe! Fuhh ! nurul! ko lulus!!!!
(bahagianya kami. Tidak terkata sudah).

Hanya senyuman yg terukir serta air mata tanda terharu yang menemani petang kami. Alhamdulillah housemate, sahabat teman rapatku semuanya lulus. Dan tahniah pada salah seorang housemateku yang dapat top ten! Congratz awk!! ^_^


” ……Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah swt, nescaya kamu tidak akan terhitung….. “
 ( Surah Ibrahim 14:34)

Kepada yang tidak lepas, ada supplement, jawab elok2. Mungkin itu ujian untuk anda. Yakinlah, Allah ada bersama anda. InsyaALLAH, U’ll make it through. Kami doakan anda. All the best! =)

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang- orang yang beriman"
(Ali Imran: 139)

“….Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita….”
(At-Taubah:40)

Dan nak cakap jugak, nak ikutkan,, saya dan kita semua study tidak banyak mana pun, usaha saya tidak seberapa, tapi  Allah banyak membantu. Alhamdulillah. Oleh itu, jangan sesekali kita membelakangkan agama Allah, sesibuk mana pon kita.

‘’Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama ALLAH, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu’’
(Muhammad : 7)

P/s:  sila jangan study last minute terutamanya jika anda student medic! Sangat tidak sesuai okay! Otherwise, hati akan menjadi tidak keruan memikirkan keputusan yang bakal dilihat dengan usaha yg tidak seberapa itu. dan paling penting, hormatilah tenaga pengajar, kalau boleh jangan ponteng andai tiada sebab. dikhuatiri kurang keberkatan di situ. cikgu saya selalu cakap, belajarlah kuat mana pun, kalau tidak ada keberkatan dalam hidup, susah kita nak berjaya. jadi, fikir2kan okay :) . oh ya, lagi satu, xpayah nak ego sgt laa! pandai macam mana pun anda, selalulah percaya, ada yang lebih hebat dari anda. (pesanan untuk diri sendiri juge ^_^) ...

Sungguh, hari itu menjadi bukti bagiku. Itulah kuasa Allah. Jangan sesekali berhenti berharap padaNya. Jangan sesekali berhenti berdoa padaNya. Percayalah, tidak akan terlambat untuk berdoa serta memohon ampun. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat.


Wallahualam~

3 comments:

ikan :) said...

salam.. awak :)

ermmm, nk mntak tolong sikit.. huhu.. klu free, buzz sy ea... klu xfree xpe... >_< mekasih..

k, n, alhamdulillah...tahniah utk semua...:)mge Allah selalu mberikn y tbaik utk semua..n, sy ngah mggu exam.. doakn ea..:P

n, last but not least, nk tnye, basuh kereta? awak pndai bwk kete ke? wahhh.... :D

Syzzwn R said...

pass exam dah mcm amik result spm ni...btw congratz

NURUL IMAN said...

ikan : syukran... Alhamdulillah..ehh pandai la! hee :) Nak buzz tp ikan xonline..insyaALLAH, ikan on9 nnt sye buzz.. All da best taw exam..jawab leklok..^_^

syzzwn : lebih berdebar dr result spm barangkali..hee terima kasih!