~Aku masih mencari siapa diriku~
Ada yang bertanya menyuruh aku untuk bercerita mengenai diriku. lantas aku tersentap. Siapa aku? Aku sendiri pun masih belum punya jawapan untuk soalan yang diajukan itu. Apa yang pasti aku hanya seorang pelajar islam jurusan perubatan tahun pertama yang bakal menduduki peperiksaaan final first year pada 4 april ini. Aku hanya manusia biasa yang pernah terleka, yang pernah terpisah jauh dari jalanNya.
Saat diri sibuk menelaah, lantas aku terfikir, untuk apakah sebenarnya aku belajar? Mengapa aku memilih perubatan sebagai pilihan kerjayaku? Sedangkan aku tahu terlalu banyak ujian serta cabaran perlu ku lalui sebagai seorang doktor. Iya, dahulunya aku memilih medik barangkali kerana ibu serta bapaku seringkali memberi dorongan untuk memilih bidang ini. Sedangkan hatiku sering memberontak menginginkan Maths. Namun aku menyedari betapa menariknya pilihanku ini setelah berada di peringkat asasi. Aku menyedari di sinilah tempatku. Semuanya ada hikmah, tidak mengapa tiada Maths. Tidak mengapa andai aku tidak fly seperti sahabat yang lain. Tidak mengapa andai aku tidak berada di tempat yang aku inginkan. Mengapa aku berfikir begitu? Kerana aku tahu semua itu ada hikmahnya. Di sinilah yang terbaik bagiku.
Kerana di sini mengajar aku pelbagai karenah manusia, pelbagai ujian kehidupan, walaupun tidak sampai setahun aku bergelar pelajar perubatan. Dan paling aku bersyukur, aku merasakan aku dikelilingi dengan ramai kenalan yang membawa aku lebih dekat pada Allah. Yang membawa aku berfikir secara berhikmah. Serta mengajar aku erti ikatan persaudaraan specific lagi, persahabatan. Bermula dari MSU. Walaupun hanya lebih kurang 5 bulan di situ pelbagai faedah yang aku belajar. Di ipoh ini juga, telah ku lalui pelbagai ujian yang membawa aku menjadi lebih matang. Secara keseluruhannya, aku belajar menjadi kuat dan tabah dalam menerima ketentuan Allah. Kerana aku tahu Allah itu Maha Mengetahui akan keperluan hambanya. Kerana Allah memberi apa yang hambanya perlukan, apa yang terbaik untuk hambanya, bukannya apa yang hambanya inginkan.
Diwajibkan atas kamu berperang , padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi ( pula ) kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu ; ALLAH mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui .
(surah Al-baqarah ayat 216)
Mungkin tiada perang di Malaysia. Alhamdulillah masih ada keamanan di bumi aku berpijak. Namun bagiku, bukan sahaja berperang seperti perang bersenjata. Tetapi perang terhadap nafsu. Kerana perang itulah yang sangat susah untuk dilakukan. Malahan, jihad melawan hawa nafsu itu dikatakan lebih baik dan lebih utama dari berperang di medan peperangan. Biarpun konsep jihad mengandungi pengertian yang luas dan dapat dimanifestasikan menerusi pelbagai bentuk, namun satu fakta yang jelas ialah jihad tidak dapat dipisahkan dari maksud peperangan. Berperang menentang hawa nafsu sendiri adalah permulaan kepada segalanya. Aku juga sedang perlahan2 untuk berperang menentangnya di samping mencari diriku yang sebenar.
Kalau dahulu, saat aku masih terlalu jahil, aku tidak pernah merasakan ketakutan andai aku melakukan kesalahan. Tidak sedar barangkali. Tapi kini, aku takut andai ujian yang Allah berikan tidak dapat aku lalui dengan sebaiknya mengikut syarak. Kini baru ku sedar betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah terhadap hambanya. Walaupun hambanya sering meninggalkan suruhan, Allah tetap tidak pernah berhenti mengasihi hambaNya.
Satu-satunya hal yang aku ketahui soal prinsip atau dasar hidupku adalah agamaku. Aku harus begini, harus begitu, semua terpacu dalam prinsip yang tertera dalam agamaku, agama Islam yang tiada tandingan.Wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Muhammad ya rasulullah iaitu Al-Quran. Tapi aku masih keliru. Apakah sudah kujadikan prinsip dalam hidup atau belum? aku juga belum tahu. Ya Allah, aku masih dalam proses untuk mencari Mu di hatiku. Masih dalam proses membaiki diri untuk menjadi seorang hamba yang istiqamah dalam mengejar redha Illahi.
(Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami. Dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisimu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.
( Ali-Imran: 8)
Ya Allah, janganlah Kau pesongkan hati kami, setelah kau berikan petunjuk kepada kami. Teguhkanlah iman kami…
p/s: untuk mencari damai hati,pulanglah ke asal.kerana asal jiwa ini dekat dengan Allah, kita pernah bersoal jawab dgn Allah secara langsung di alam roh yg misteri.
Allah bertanya scr lgsg kpd kita:
"Bukankah Aku Tuhan kamu?"
dan kita semua telah menjawab:
"benar,(Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi"
(al A'raaf 172)
Ø
NICE SONG FROM AFGHAN =’)
Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud
"Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."
~Di Mana 'Dia' Di Hatimu???~
Wallahualam.