Monday, February 14, 2011

~KAULAH TEMAN, KAULAH SAHABAT~


ASSALAMUALAIKUM..

Rase nak update lagi pulak wpon banyak kerja tertangguh.hee
Hurm minggu ni sye gelarkan nya minggu sahabat.
Erk..=.=’’ kenapa ae. Ok mungkin sebab saya sensitif akan hal2 berkaitan sahabat-kawan-teman dan yang sewaktu dengannya.

tambahan pula, baru2 ni ada salah seorang sahabat saya mengalami sedikit konflik persahabatan. moga2 dia berjaya tempuhi dugaan itu. saya clueless sket, xtau nak cakap macam mana sebab ia sedikit complicated. insyaAllah, saya doakan yang terbaek untuk awak dan saya hanya mampu memberi nasihat. tapi kalau awak perlukan pertolongan insyaAllah, cakap saja tau! n u know what? saya respect awak sebab awak pemaaf, penyabar serta kerana awak sangat sayang pada sahabat itu. dan paling penting, macho la awk ni..hehe



apa pon entry kali ni sangat bermakna bagi saya. dan specially dedicated for u SAHABAT. definisi sahabat ni ade banyak. ade org cakap, ""sahabat is sum1 dat u can rely on.xkesa la nk spent tym ke duet ke. cam xrasa rugi laa ade kawan,cam apetah sum1 yg u feel free to share". pendapat lain cakap, "sahabat ialah org yang sentiasa berada disisi waktu senang dan susah..."~ hurm betul la tu kan.

Dulu saya masih kecil, saya xfaham apa itu sahabat? Dulu saya xpernah berusaha untuk mementingkan sahabat. Sebab dulu saya xfaham erti ukhwah yang sebenar. Apa yang saya tau saya suka mereka. Tapi saya xtahu yang kami berkasih sayang kerana Allah. Jahilnya saya. Dan sekarang kita semakin tua, semakin dewasa, saya rasa kita patut tahu nilai ukhwah, persahabatan yang sebenar.






                Ukhwah itu indah, persahabatan itu indah. Takde siapa yang dapat menyangkalnya. Bila saya fikirkan, apakah saya kini berukhwah kerana Allah?  Indahkah  ukhwah yang saya miliki? Jika tidak cukup indah, apakah peranan saya untuk memperindah ukhwah itu? Bagaimana harus saya menjaganya? Banyak persoalan yang  menari2 di benak fikiran saya. Apabila diteliti semula, terlalu banyak kekurangan dan kelemahan saya dalam bersahabat. Kita susah untuk memahami sahabat tapi yang penting kita cuba untuk memahami sahabat, mungkin suatu hari nanti dia akan memahami kita. Saya mungkin tidak sempurna tapi saya akan berusaha menjadi sahabat yang baik, yang mana dapat membimbing sahabat-sahabat kepada kebaikan bukannya keburukan. Dalam kita bersahabat banyak perkara yang Allah s.w.t uji, bila kita tabah dalam menghadapi ujian itu bermakna kita berjaya bersahabat kerana Allah s.w.t. .
       
    Mari kita lihat makna ukhwah itu sendiri, Hassan Al-Banna menyatakan maksud ukhwah ialah hati-hati dan ruh2 yang terikat dengan ikatan aqidah.
Tingkat ukhwah pula ada 3. tingkat ukhwah yang paling tinggi adalah ithar . Ithar atau melebihi sahabat. Contoh paling simple, jika kita berdepan dengan situasi seperti di Mesir  di mana saat itu, sukar untuk mendapatkan makanan, hendaklah kita berkongsi bersama sahabat, atau mendahulukan sahabat tanpa ada perasaan memntingkan diri. Korbankanlah sedikit perkara dalam hidup kita demi kepentingan sahabat.
Kepercayaan. Husnul Dhzon atau berbaik sangka merupakan tingkatan kedua yang dianjurkan di dalam persahabatan. Mungkin ada ketika salah faham berlaku. Kenapa? Kerana kita sering bersangka buruk. Sentiasalah berfikiran positif.
Tingkat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat-sahabat. Contoh yang selalu berlaku, andai kata sahabat dengan tidak sengaja, bergurau tetapi anda terasa hati.  Maafkan mereka, berlapang dadalah dengan mereka.

Syarat-syarat berukhwah: 
  • ·         Ikhlas
  • ·         Bersama ukhwah adanya iman dan taqwa
  • ·         Melazimi ajaran Islam (amar makruf nahi mungkar)
  • ·         Nasihat-menasihati ke jalan Allah s.w.t.
  • ·         Tolong-menolong kerana Allah s.w.t.     



Ciri-ciri mereka yang berukhwah kerana Allah s.w.t:
  • ·         Tidak membiarkan atau meninggalkan sahabatnya yang dalam kesusahan.
  • ·         Bersifat toleransi dan memaafkan.
  • ·         Berjumpa dengan wajah yang tersenyum.
  • ·         Bersahabat ikhlas kerana Allah s.w.t.
  • ·         Setia dan berbuat baik pada sahabat.
  • ·         Tidak mengumpat dan tidak menceritakan keburukan sahabat.
  • ·         Mengelakkan perselisihan pendapat,gurauan yang berlebihan dan tidak tepati janji.
  • ·         Bersifat pemurah dan muliakan sahabat.
  • ·         Mendoakan sahabat.


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik pula?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

·         Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
·         Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
·         Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
·         Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
·         Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
·         Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
·         Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
·         Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
·         Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
·         Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
·         Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
·         Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
·         Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
·         Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
·         Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
·         Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
·         Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
·         Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
·         Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.


Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya

Kisah Rasullullah dan para sahabat
Berapa ramai yang sanggup bergadai nyawa hanya kerana seseorang bergelar sahabat? Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh untuk membina ukhwah yang kuat. Rasulullah s.a.w sendiri dapat membina generasi sahabat yang kuat.
Seperti sahabat yang paling Rasulullah s.a.w sayangi dan merupakan sahabat yang dijanji sebagai penghuni syurga iaitu Saidina Abu Bakar R.A yang sanggup bersama-sama Rasulullah ketika susah dan senang baginda dalam menegakkan Agama Allah. Ingatkah anda, bagaimana Saidina Abu Bakar menyelamatkan Rasulullah daripada dipatuk ular semasa baginda tidur? Ya Allah.  Sungguh kasihnya  Sahabat terhadap Rasulullah. Saidina Abu Bakar sanggup mempertaruhkan nyawanya demi kasih terhadap Rasulullah s.a.w sehinggalah air mata Saidina Abu Bakar yang kesakitan menitis di pipi Rasulullah dan membangunkan Rasulullah daripada tidur. Subhanallah, dimanakah dapat ditemui kisah persahabatan seagung kisah Rasulullah dengan sahabat-sahabatnya. Saidina Ali, Saidina Umar dan tidak lupa sahabat sehidup semati baginda Saidatina Khadijah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka.


Marilah kita renungi sejenak firmanNya:
“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kau membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
(al-anfal:63)
Rasulullah s.a.w bersabda:
·         Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”.
(H R Abu Daud dan Tirmizi)
Rasulullah s.a.w juga menyarankan agar kita menzahirkan kasih sayang kita kerana ukhwah sangat penting dalam membentuk masyarakat.
·         ‘’Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri’’
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
·         “sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”
(H.R al-Hakim)



Teman yang paling baik adalah
 apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan ALLAH,
mendengar kata-katanya menambahkan ILMU agama,
melihat gerak-gerinya teringat MATI.

Hayatilah persahabatan kerana Allah s.w.t kerana kita akan bertemunya di syurga dan inilah tanda kita betul-betul beriman biar diuji seberat mana kita tetap sayang pada sahabat kita inilah dinamakan ukhwah fillah. Moga hubungan yang terjalin sekarang akan terus berkekalan hingga ke akhirnya..
ukhwah fillah Abadan abada.

Lagu ini: adalah untukmu wahai sahabat.

Sahabatku  - Devotees
Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat
kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang ESA

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Teruskan perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir

Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku...terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...


Ya Allah, jika sahabatku jatuh CINTA, berikanlah cintanya pada seseorang yang melebihkan cinta pada-Mu agar bertambah kekuatannya untuk menyintai-Mu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh HATI, izinkanlah hatinya menyentuh hati orang yang hatinya tertaut pada-Mu agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah. Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku RINDU, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu, jagalah rindunya pada-Mu agar dia tidak lalai dari merindui syurga-Mu...
Amiin...


SAYA KELIRU: ape pon, saya masih keliru mengenai persahabatan antara lelaki dan perempuan. bolehkah itu digelar persahabatan? bolehkah persahabatan antara lelaki dan perempuan itu menjadi ukhwah kerana Allah? bagaimana pula hukum bersahabat baik dengan lelaki? 

p/s: saya sedar sejak akhir2 ni saya agak mengecewakan anda. saya agak selalu menyakiti hati anda. maafkan saya. saya harap moga ia kembali seperti dahulu...
kepada sekalian sahabat yang sangat dirindui, dari skolah rendah, menengah, mrsm, MSU (wpon kita kenal kejap je, saya rasa mcm dah lama kenal  korg..), KMKN, dan yang berada dekat dengan saya, RCMP,saya sayangkan awak semua wahai sahabat..LOTS OF LOVE~  ^^

4 comments:

ikan :) said...

assalamualaikum penulis...:)

sy lg...hhehehe...:P

mekasih2 atas peringatan tu..huhu...takutnye klu jd shbt y xbaik...huhu..sbb, bile bace ape y dituliskn tu, cm tergolong jer...x_x huhu...ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami..amin~ huhu...

sy nk ckp lebih, xpndai..almaklumla, cetek sgt ilmu ni...huhu..tp, bg pendapat mgkin boleh...huhu...di atas kekeliruan shbt sbnrnye turut mjadi kekeliruan sy....huhu...bile, kite berada dikelompok y kecil, dan, mmg nk xnk, kite mmg perlu berinteraksi dn berkawan dgn y berlainan jantina... huhu..lama2, kdg2 cm jd terlebih rapat plak..huhu...

tp, klu ikut kn, sbnrnye, kite perlu jge batasan pergaulan kte...huhu... tp, cm susah jerk..huhuhu....huaaaahuaaaa...teruknyer sayer....ya Allah..huhu...

bismillahirrahmanirrahim... ya Allah, aku memohon kepadaMu ya Allah, ampunknlah segala dosa2 kami ya Allah, ampunkanlah dosa2 kedua ibu bapa kami...ampunkanlah dosa2 pemimpin2 kmi, guru2 kami, sahabat2 kami, dan semua umat ya Allah...y beriman, kurang beriman, mahupun y belum beriman... ya Allah, selalulah pelihara hati2 kami ya Allah, agar sentiasa mngingatiMu, agar sentiasa meletakkn segala keyakinan dan kebergantungn kpdMu...amin ya Rabb...

salam

NURUL IMAN said...

terima kasih atas pendapat anda..
betul! kita kena jaga batas pergaulan..
jika tiada perkara yang penting utk dibicarakan, sebaiknya xperlu bertemu atau bertegur sapa. tp seeloknya diusahakan oleh kedua pihak lelaki dan perempuan, jika tidak, susah untuk memberi kesan positif..insyaAllah,sye juga masih mencuba membaiki kelemahan dalam pergaulan...
^^
salam

mujaheedah seorang gadis said...

persahabatan lelaki dan wanita dikhuatiri menjerumuskan diri kearah zina..sedangkan kita masih boleh memilih kaum sejenis untuk berukhwah..tak dinafikan pendapat dan idea kaum adam masih diperlukan kearah menjana kehidupan khusnul khatimah,namun batasan perlu dititikberatkan..dan jadikan ALLAH ada dalam setiap butir ukhwah dengannya..

ikan :) said...

huhuhu.....mujaheedah seorang gadis n nurul iman, cm susah jerk nk wt cmtu...huhuhu... :( haaaa.....cne ni???? T_T ya Allah.....