Wednesday, August 17, 2011

pesan mak pasal IKHTILAT



*esok exam! ntah knape rase nk mencoret sesuatu jugak~*

ok sebenarnye, mood tgh rindu mak!

tapi tbe2 terfikir seperkara. sebab masa sekolah menengah dulu, mak slalu cakap, 'xpayah la kawan sgt dgn laki2'. tapi dulu aku agak masih xmatang, dan kurang faham kenapa mak slalu cakap mcm tu.

perkara yang jugak pernah aku bincangkn dengan beberapa org sahabat.
pasal masalah 'ikhtilat'. ikhtilat tu ape?
wujud ke ukhwah antara lelaki dan perempuan? hurmm cuba define dua2 tu. antara ukhwah dan ikhtilat? sila bezakan!



bila ditegur pasal ikhtilat, ade yg menjawab, 'aku bukan bercinta pun, aku berkawan je!

sebelum start apa2, harap2 x ade lah yang terasa ye dengan entri ni. sekadar satu perkongsian pendapat.

nak ikutkan dengan keadaan dunia sekarang ni, bagi aku, pergaulan antara lelaki dan perempuan ni, patut dititikberatkan. Kalau boleh biarlah bermula dari peringkat rendah .Dididik supaya dapat jaga pergaulan tu dari kecil, semoga mereka menjadi lebih terbiasa dengan keadaan sebegitu bila dah besar nanti.
macam mana? senang je, dengan perkara simple2, asingkan dari segi seat dalam kelas, library, kantin, bla3...

hurm yelah, sekarang ni, tgk budak2 darjah 4, 5 pon dah pandai nak bercintan cintun ni. siap sanggup sehidup semati bagai. apekahh -.-''

*xsindir sape2 pun, tapi peringatan untuk diri sendiri jugak yang masih lemah lagi kurang ilmunya.*

kita yang dah besar2 pun same jugak. bukan lah nak suh jadi extremist ke ape ke.
tapi at least jage lah sket diri tu sbg seorang perempuan. xpayah nak bertepuk tampar dgn bukan muhrim sgt lah!. xpayah nak keluar makan berduaan dgn yg bukan muhrim. xpayah jugak nak calling2 bagai utk urusan yang xberapa nak penting even message yang xpenting, sekadar untuk bergurau2? rase2, penting x?..


ALLAH SWT berfirman: “ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang buruk” Surah Al-Israa’ ayat 32.


hurm xtau lah, soal hukum2 ikhtilat tu, aku xpandai la nak terang detail2 nye.
mungkin anda boleh cari kat internet, banyak je ustaz2 yang tulis pasal ni.
contoh nye, langit Illahi,  bila kamu bising pasal iktilat.


*maaf, bukan ape. aku tahu xsemua lelaki macam ape yang aku nak cakapkan nih, tapi percaya lah, ade
boleh tahan ramai je laki macam yang aku nak cakapkan lepas ni. lelaki yang pantang dengan perempuan? erk! ape tu. hee.. xberani la nak cakap lebih2. cukup la aku cakap, lelaki ni sgt suke berilusi lebih2 (maaf org lelaki).

pernah x, ade sesiapa, dengar lelaki dengan lelaki berborak? berborak pasal perempuan? kalau xpernah, i think u should! g la dgr, pasang2 telinga ke. hee..  mesti korg terkejut nnt! n mesti korg akan lebih berhati2 dengan sesiapa je yg bergelar lelaki. skali lagi, tapi mungkin xsemua akan berborak seperti yang aku cakap tu.

ape2 pun, sayang2 muslimah ku sekalian, jom same2 betulkan diri, same2 jadikan diri ni nampak mcm muslimah yang sebenar,bukan hanya pada nama, tapi pada tutur kata, cara pemakaian, cara kita berikhtilat dan sebagainya lah.

bukan ape, kalau kita xboleh tolong diri sendiri, mcm mana nak tlg org lain, mcm mane nak tlg agama Allah kan. xpe, kalau xboleh ubah semua, kite ubah sikit2, yang penting sentiasa berusaha, ok?. ^_^

ke, kita dah memang xkisah dah dengan masalah dunia sekarang?
*k, xpayah jawab, jawab la pada diri sendiri.

sekian. =)

wallahualam




No comments: