Tuesday, March 29, 2011

~AKU MASIH MENCARI SIAPA DIRIKU~

~Aku masih mencari siapa diriku~

Ada yang bertanya menyuruh aku untuk bercerita mengenai diriku. lantas aku tersentap. Siapa aku? Aku sendiri pun masih belum punya jawapan untuk soalan yang diajukan itu. Apa yang pasti aku hanya seorang pelajar islam jurusan perubatan tahun pertama yang bakal menduduki peperiksaaan final first year pada 4 april ini. Aku hanya manusia biasa yang pernah terleka, yang pernah terpisah jauh dari jalanNya.

Saat diri sibuk menelaah, lantas aku terfikir, untuk apakah sebenarnya aku belajar?  Mengapa aku memilih perubatan sebagai pilihan kerjayaku? Sedangkan aku tahu terlalu banyak ujian serta cabaran perlu ku lalui sebagai seorang doktor. Iya, dahulunya aku memilih medik barangkali kerana ibu serta bapaku seringkali memberi dorongan untuk memilih bidang ini. Sedangkan hatiku sering memberontak menginginkan Maths. Namun aku menyedari betapa menariknya pilihanku ini setelah berada di peringkat asasi. Aku menyedari di sinilah tempatku. Semuanya ada hikmah, tidak mengapa tiada Maths. Tidak mengapa andai aku tidak fly seperti sahabat yang lain. Tidak mengapa andai aku tidak berada di tempat yang aku inginkan. Mengapa aku berfikir begitu? Kerana aku tahu semua itu ada hikmahnya. Di sinilah yang terbaik bagiku.

 Kerana di sini mengajar aku pelbagai karenah manusia, pelbagai ujian kehidupan, walaupun tidak sampai setahun aku bergelar pelajar perubatan. Dan paling aku bersyukur, aku merasakan aku dikelilingi dengan ramai kenalan yang membawa aku lebih dekat pada Allah. Yang membawa aku berfikir secara berhikmah. Serta mengajar aku erti ikatan persaudaraan specific lagi, persahabatan. Bermula dari MSU. Walaupun hanya lebih kurang 5 bulan di situ pelbagai faedah yang aku belajar.  Di ipoh ini juga, telah ku lalui pelbagai ujian yang membawa aku menjadi lebih matang. Secara keseluruhannya, aku belajar menjadi kuat dan tabah dalam menerima ketentuan Allah. Kerana aku tahu Allah itu Maha Mengetahui akan keperluan hambanya. Kerana Allah memberi apa yang hambanya perlukan, apa yang terbaik untuk hambanya, bukannya apa yang hambanya inginkan.

Diwajibkan atas kamu berperang , padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi ( pula ) kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu ; ALLAH mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui .

(surah Al-baqarah ayat 216)

Mungkin tiada perang di Malaysia. Alhamdulillah masih ada keamanan di bumi aku berpijak. Namun bagiku, bukan sahaja berperang seperti perang bersenjata. Tetapi perang terhadap nafsu. Kerana perang itulah yang sangat susah untuk dilakukan. Malahan, jihad melawan hawa nafsu itu dikatakan lebih baik dan lebih utama dari berperang di medan peperangan. Biarpun konsep jihad mengandungi pengertian yang luas dan dapat dimanifestasikan menerusi pelbagai bentuk, namun satu fakta yang jelas ialah jihad tidak dapat dipisahkan dari maksud peperangan. Berperang menentang hawa nafsu sendiri adalah permulaan kepada segalanya. Aku juga sedang perlahan2 untuk berperang menentangnya di samping mencari diriku yang sebenar.

Kalau dahulu, saat aku masih terlalu jahil, aku tidak pernah merasakan ketakutan andai aku melakukan kesalahan. Tidak sedar barangkali. Tapi kini, aku takut andai ujian yang Allah berikan tidak dapat aku lalui dengan sebaiknya mengikut syarak. Kini baru ku sedar betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah terhadap hambanya. Walaupun hambanya sering meninggalkan suruhan, Allah tetap tidak pernah berhenti mengasihi hambaNya.

 Satu-satunya hal yang aku ketahui soal prinsip atau dasar hidupku adalah agamaku. Aku harus begini, harus begitu, semua terpacu dalam prinsip yang tertera dalam agamaku, agama Islam yang tiada tandingan.Wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Muhammad ya rasulullah iaitu Al-Quran. Tapi aku masih keliru. Apakah sudah kujadikan prinsip dalam hidup atau belum? aku juga belum tahu. Ya Allah, aku masih dalam proses untuk mencari Mu di hatiku.  Masih dalam proses membaiki diri untuk menjadi seorang hamba yang istiqamah dalam mengejar redha Illahi.

 (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau  berikan petunjuk kepada kami. Dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisimu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.
( Ali-Imran: 8)

Ya Allah, janganlah Kau pesongkan hati kami, setelah kau berikan petunjuk kepada kami.  Teguhkanlah iman kami…

p/s: untuk mencari damai hati,pulanglah ke asal.kerana asal jiwa ini dekat dengan Allah, kita pernah bersoal jawab dgn Allah secara langsung di alam roh yg misteri.

Allah bertanya scr lgsg kpd kita:

"Bukankah Aku Tuhan kamu?"
dan kita semua telah menjawab:
"benar,(Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi"

(al A'raaf 172)
Ø     

      NICE SONG FROM AFGHAN =’)




Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

"Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."
~Di Mana 'Dia' Di Hatimu???~
Wallahualam.

Monday, February 14, 2011

~KAULAH TEMAN, KAULAH SAHABAT~


ASSALAMUALAIKUM..

Rase nak update lagi pulak wpon banyak kerja tertangguh.hee
Hurm minggu ni sye gelarkan nya minggu sahabat.
Erk..=.=’’ kenapa ae. Ok mungkin sebab saya sensitif akan hal2 berkaitan sahabat-kawan-teman dan yang sewaktu dengannya.

tambahan pula, baru2 ni ada salah seorang sahabat saya mengalami sedikit konflik persahabatan. moga2 dia berjaya tempuhi dugaan itu. saya clueless sket, xtau nak cakap macam mana sebab ia sedikit complicated. insyaAllah, saya doakan yang terbaek untuk awak dan saya hanya mampu memberi nasihat. tapi kalau awak perlukan pertolongan insyaAllah, cakap saja tau! n u know what? saya respect awak sebab awak pemaaf, penyabar serta kerana awak sangat sayang pada sahabat itu. dan paling penting, macho la awk ni..hehe



apa pon entry kali ni sangat bermakna bagi saya. dan specially dedicated for u SAHABAT. definisi sahabat ni ade banyak. ade org cakap, ""sahabat is sum1 dat u can rely on.xkesa la nk spent tym ke duet ke. cam xrasa rugi laa ade kawan,cam apetah sum1 yg u feel free to share". pendapat lain cakap, "sahabat ialah org yang sentiasa berada disisi waktu senang dan susah..."~ hurm betul la tu kan.

Dulu saya masih kecil, saya xfaham apa itu sahabat? Dulu saya xpernah berusaha untuk mementingkan sahabat. Sebab dulu saya xfaham erti ukhwah yang sebenar. Apa yang saya tau saya suka mereka. Tapi saya xtahu yang kami berkasih sayang kerana Allah. Jahilnya saya. Dan sekarang kita semakin tua, semakin dewasa, saya rasa kita patut tahu nilai ukhwah, persahabatan yang sebenar.






                Ukhwah itu indah, persahabatan itu indah. Takde siapa yang dapat menyangkalnya. Bila saya fikirkan, apakah saya kini berukhwah kerana Allah?  Indahkah  ukhwah yang saya miliki? Jika tidak cukup indah, apakah peranan saya untuk memperindah ukhwah itu? Bagaimana harus saya menjaganya? Banyak persoalan yang  menari2 di benak fikiran saya. Apabila diteliti semula, terlalu banyak kekurangan dan kelemahan saya dalam bersahabat. Kita susah untuk memahami sahabat tapi yang penting kita cuba untuk memahami sahabat, mungkin suatu hari nanti dia akan memahami kita. Saya mungkin tidak sempurna tapi saya akan berusaha menjadi sahabat yang baik, yang mana dapat membimbing sahabat-sahabat kepada kebaikan bukannya keburukan. Dalam kita bersahabat banyak perkara yang Allah s.w.t uji, bila kita tabah dalam menghadapi ujian itu bermakna kita berjaya bersahabat kerana Allah s.w.t. .
       
    Mari kita lihat makna ukhwah itu sendiri, Hassan Al-Banna menyatakan maksud ukhwah ialah hati-hati dan ruh2 yang terikat dengan ikatan aqidah.
Tingkat ukhwah pula ada 3. tingkat ukhwah yang paling tinggi adalah ithar . Ithar atau melebihi sahabat. Contoh paling simple, jika kita berdepan dengan situasi seperti di Mesir  di mana saat itu, sukar untuk mendapatkan makanan, hendaklah kita berkongsi bersama sahabat, atau mendahulukan sahabat tanpa ada perasaan memntingkan diri. Korbankanlah sedikit perkara dalam hidup kita demi kepentingan sahabat.
Kepercayaan. Husnul Dhzon atau berbaik sangka merupakan tingkatan kedua yang dianjurkan di dalam persahabatan. Mungkin ada ketika salah faham berlaku. Kenapa? Kerana kita sering bersangka buruk. Sentiasalah berfikiran positif.
Tingkat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat-sahabat. Contoh yang selalu berlaku, andai kata sahabat dengan tidak sengaja, bergurau tetapi anda terasa hati.  Maafkan mereka, berlapang dadalah dengan mereka.

Syarat-syarat berukhwah: 
  • ·         Ikhlas
  • ·         Bersama ukhwah adanya iman dan taqwa
  • ·         Melazimi ajaran Islam (amar makruf nahi mungkar)
  • ·         Nasihat-menasihati ke jalan Allah s.w.t.
  • ·         Tolong-menolong kerana Allah s.w.t.     



Ciri-ciri mereka yang berukhwah kerana Allah s.w.t:
  • ·         Tidak membiarkan atau meninggalkan sahabatnya yang dalam kesusahan.
  • ·         Bersifat toleransi dan memaafkan.
  • ·         Berjumpa dengan wajah yang tersenyum.
  • ·         Bersahabat ikhlas kerana Allah s.w.t.
  • ·         Setia dan berbuat baik pada sahabat.
  • ·         Tidak mengumpat dan tidak menceritakan keburukan sahabat.
  • ·         Mengelakkan perselisihan pendapat,gurauan yang berlebihan dan tidak tepati janji.
  • ·         Bersifat pemurah dan muliakan sahabat.
  • ·         Mendoakan sahabat.


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik pula?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

·         Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
·         Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
·         Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
·         Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
·         Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
·         Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
·         Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
·         Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
·         Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
·         Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
·         Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
·         Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
·         Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
·         Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
·         Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
·         Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
·         Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
·         Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
·         Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.


Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya

Kisah Rasullullah dan para sahabat
Berapa ramai yang sanggup bergadai nyawa hanya kerana seseorang bergelar sahabat? Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh untuk membina ukhwah yang kuat. Rasulullah s.a.w sendiri dapat membina generasi sahabat yang kuat.
Seperti sahabat yang paling Rasulullah s.a.w sayangi dan merupakan sahabat yang dijanji sebagai penghuni syurga iaitu Saidina Abu Bakar R.A yang sanggup bersama-sama Rasulullah ketika susah dan senang baginda dalam menegakkan Agama Allah. Ingatkah anda, bagaimana Saidina Abu Bakar menyelamatkan Rasulullah daripada dipatuk ular semasa baginda tidur? Ya Allah.  Sungguh kasihnya  Sahabat terhadap Rasulullah. Saidina Abu Bakar sanggup mempertaruhkan nyawanya demi kasih terhadap Rasulullah s.a.w sehinggalah air mata Saidina Abu Bakar yang kesakitan menitis di pipi Rasulullah dan membangunkan Rasulullah daripada tidur. Subhanallah, dimanakah dapat ditemui kisah persahabatan seagung kisah Rasulullah dengan sahabat-sahabatnya. Saidina Ali, Saidina Umar dan tidak lupa sahabat sehidup semati baginda Saidatina Khadijah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka.


Marilah kita renungi sejenak firmanNya:
“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kau membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
(al-anfal:63)
Rasulullah s.a.w bersabda:
·         “Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”.
(H R Abu Daud dan Tirmizi)
Rasulullah s.a.w juga menyarankan agar kita menzahirkan kasih sayang kita kerana ukhwah sangat penting dalam membentuk masyarakat.
·         ‘’Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri’’
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
·         “sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”
(H.R al-Hakim)



Teman yang paling baik adalah
 apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan ALLAH,
mendengar kata-katanya menambahkan ILMU agama,
melihat gerak-gerinya teringat MATI.

Hayatilah persahabatan kerana Allah s.w.t kerana kita akan bertemunya di syurga dan inilah tanda kita betul-betul beriman biar diuji seberat mana kita tetap sayang pada sahabat kita inilah dinamakan ukhwah fillah. Moga hubungan yang terjalin sekarang akan terus berkekalan hingga ke akhirnya..
ukhwah fillah Abadan abada.

Lagu ini: adalah untukmu wahai sahabat.

Sahabatku  - Devotees
Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat
kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang ESA

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Teruskan perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir

Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku...terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...


Ya Allah, jika sahabatku jatuh CINTA, berikanlah cintanya pada seseorang yang melebihkan cinta pada-Mu agar bertambah kekuatannya untuk menyintai-Mu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh HATI, izinkanlah hatinya menyentuh hati orang yang hatinya tertaut pada-Mu agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah. Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku RINDU, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu, jagalah rindunya pada-Mu agar dia tidak lalai dari merindui syurga-Mu...
Amiin...


SAYA KELIRU: ape pon, saya masih keliru mengenai persahabatan antara lelaki dan perempuan. bolehkah itu digelar persahabatan? bolehkah persahabatan antara lelaki dan perempuan itu menjadi ukhwah kerana Allah? bagaimana pula hukum bersahabat baik dengan lelaki? 

p/s: saya sedar sejak akhir2 ni saya agak mengecewakan anda. saya agak selalu menyakiti hati anda. maafkan saya. saya harap moga ia kembali seperti dahulu...
kepada sekalian sahabat yang sangat dirindui, dari skolah rendah, menengah, mrsm, MSU (wpon kita kenal kejap je, saya rasa mcm dah lama kenal  korg..), KMKN, dan yang berada dekat dengan saya, RCMP,saya sayangkan awak semua wahai sahabat..LOTS OF LOVE~  ^^

Tuesday, February 8, 2011

~DEMI MASA~




Whooaa… this is quite a good motivation 4 me who always wasting my time doing ‘facebooking’. And now, hope to share this on my blog..!
Hey guys!
Imagine there is a bank account that credits your account each morning with $86,400. It carries over no balance from day to day.
Every evening the bank deletes whatever part of the balance you failed to use during the day. What would you do? Draw out every cent?  Of course!
Each of us has such bank. Its name is TIME.
Every morning, it credits you with 24 hours, 1440 minutes, 86,400 seconds.
Every night it writes off as lost, whatever of this you have failed to invest to a good purpose.
It carries over no balance. It allows no over draft. Each day it opens a new account for you. Each night it burns the remains of the day.
If you fail to use the day's deposits, the loss is yours. There is no drawing against "tomorrow."
You must live in the present on today's deposits. Invest it so as to get from it the utmost in health, happiness and success!
The clock is running!! Make the most of today.


  • To realise the value of ONE YEAR, ask a student who failed a grade.
  • To realise the value of ONE MONTH, ask a mother who has given birth to a premature baby.
  • To realise the value of ONE WEEK, ask the editor of a weekly newspaper.
  • To realise the value of ONE HOUR, ask the lovers who are waiting to meet.
  • To realise the value of ONE MINUTE, ask a person who just missed a train.
  • To realise the value of ONE SECOND, ask someone who just avoided an accident.
  • To realise the value of ONE MILLISECOND, ask the person who won a silver medal at the Olympics.

Treasure every moment that you have!
And treasure it more because you shared it with someone special,
special enough to spend your time with.
And remember time waits for no one.

Yesterday is history. Tomorrow is a mystery. Today is a gift. That's why it’s called the present.
"Lost time is never found again."
-Benjamin Franklin


Al 'Asr
Surah 103. The Declining Day, Eventide, The Epoch

103:1 By Time (through the ages)

103:2 Verily, Man is in loss

103:3 EXCEPT such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy.

manage your time wisely...
^^

Monday, January 31, 2011

Bangganya menjadi Melayu-Islam yang berbahasa Melayu^^

Bangganya menjadi Melayu-Islam yang berbahasa Melayu
~KONVENSYEN MEMPERINGATI KEJATUHAN EMPAYAR MELAYU ISLAM MELAKA 1511-2011~

*peringatan: kalau anda anti-Melayu, sila beredar dari tajuk ini. wee..
*pendapat semata2. Maaf kalau ada yang terguris. =)



Alhamdulillah… 29 Jan aritu, sye baru saja menghadiri Konvensyen Memperingati Kejatuhan Empayar  Melayu Islam Melaka yang dianjurkan oleh ISMA dan PEMBINA bertempat di UTEM Melaka. Memang rugi la siapa yang  tak pergi, nak2 orang Melaka kan. Ok, pertama skali, jujur la saya cakap, memang saya ada tertidur pun…hee maaf yer wahai Tuan penceramah. Mule2 tu, cerita pasal sejarah sangat, terlalu fakta, sebab itulah saya agak mengantuk.. wee.. maaf jugak, kalau saya katakan, kadang2 tu, entah kenapa, saya rasa ade sedikit unsur politik dalam perbincangan itu, tapi tidak mengapalah, sikit saja, atau mungkin juga saya yang tersilap mentafsir.  Walau ape pon, banyak perkara menarik yang ingin saya kongsi bersama.
                Hurm ckp pasal MELAKA kan. Wah bangga2! Hehe. Bangga lagi saya sebagai org MELAYU. Tp paling bangga sebab saya orang ISLAM..  Alhamdulillah..=) Kegemilangan Melayu, manfaatnya bukan hanya kembali kepada Melayu. Tetapi tuahnya kembali kepada Islam. Melaka adalah pusat penyebaran dakwah Islamiah. Kegiatan tarbiyyah berjalan di sini. Di tanah air ini. Kedatangan Alfonso de Albuquerque dari Portugis ke Melaka telah memusnahkan ketamadunan Islam di sini. Mereka mahu melunaskan dendam Perang Salib mereka. Mereka tahu, memusnahkan Melaka akan memusnahkan satu lagi titik kekuatan Khalifah Abbasiyah (*betulkan jika saya silap) yang menaungi umat Islam di seluruh dunia itu.

Nak ikutkan, bnyk perkara yg dibincangkan, terutamanya bab sejarah kan. Tapi kalau nak cerita kat sini mmg confirm la korang tidur kan..hehe. Diringkaskan dlm satu ayat, ape yg saya dapat dari konvensyen,  ‘saya bangga menjadi bangsa Melayu Islam yang dilahirkan di Tanah Melayu (MELAKA) serta berbahasa Melayu’. Sebab pertama mestilah, kita kena bangga dgn kejadian kita yang Allah cipta. Bangga dengan cara bersyukur dan jangan merasa malu untuk mengaku diri anda sebagai bangsa Melayu.  Jadi anda semua, jangan malu2 berbahasa melayu ye wahai anak melayu! Jom berbangga dengan bahasa yang kita warisi. Khazanah tu kan. (Nak speaking melayu jela discussion group lepas ni..haha..gurau2 =P)
Sebenarnya, sebelum konvensyen tu, saya agak kurang faham kaitan antara ISMA dgn sejarah Melaka ni. Yelah, ISMA sepatutnya pasal agama, tapi apasal tiba2 pulak cerita pasal sejarah Melaka ni? Hoho. Begitu ceteknya pemikiran saya kan. Lepas tu baru saya faham dan baru saya tersedar. Macam ni tau, kalau orang sebut Melayu, mesti lah orang akan fikir ‘itu orang Islam’. Sebab tu, jaranglah kan org sebut ‘Melayu-Islam’. Sebab bangsa Melayu mmg dikenali sebagai makhluk Allah yang beragama Islam.  Tapi kalau orang India atau Cina Islam, mesti akan digelar sbg ‘India-Muslim’ atau ‘Cina-Muslim’. Hurm betul3!
Firman Allah swt : Wahai manusia , sesungguhnya kami telah mencipta kamu yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dan kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling mengenal antara satu sama lain . Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah swt ialah yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Al Hujurat : Ayat 13
Firman Allah swt : Sebahagian tanda-tanda keagungan Allah swt ialah penciptaan langit dan bumi dan berbeza bahasa lidah dan warna kulit kamu . Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar  terdapat tanda-tanda [ keagungan Allah ] bagi orang – orang yang mengetahui .
Ar Ruum : Ayat 22
Bangsa itu penting dan Islam itu yang menyempurnakan nikmat bangsa. Nikmat sbg bangsa Melayu. Lebih sempurna apabila kaum Melayu itu dikurniakan hidayah menuju mardhotilah. Kerana tiadalah erti dan nilai pada bangsa bertuah ini andai tidak berada di atas petunjuk Allah swt, agar perjalanan hidup di dunia ini tidak sesat,serta kelak di akhirat bebas dari kemurkaan dan azab api nerakaNya. Tambahan pula, kalau dikaji sejarah kejatuhan tamadun, kita boleh nampak banyak zaman kejatuhan sesuatu tamadun itu yang berkait rapat dgn perubahan akhlak serta faktor ilmu agama mereka yang semakin cetek serta kurangnya perasaan muhibbah di kalangan mereka. Sebab apa begitu? Sebab tiada lagi perasaan takutkan Allah dalam diri mereka. Mereka leka. Sbg contoh, empayar Melaka yang jatuh kerana penghayatan agama masyarakat mereka yang semakin berkurang yang berlaku pada zaman Sultan Mahmud Syah.

Islam itu hebat! Tidak dapat memikulnya melainkan orang2 yang hebat.  Eyh korang, kita tau kan ISLAM ITU HEBAT!? Dan kita tahu asal usul Melayu beragama Islam. Oleh itu, semestinya, MELAYU ITU HEBAT! Setuju tak awak? Hee
Iye awak, betul, tak payah sangsi lagi la. kita memang hebat!  Tapi hebat yang macam mana tu?  Hebat merokok? menagih dadah? Hebat berzina? Hebat merasuah? Hebat buang anak? Hebat buang mase? Erk…apekah...? =.=’’ ape semua tu??? Tak guna la kan kalau kita nak mengaku diri ini hebat tanpa sebarang usaha untuk menghebatkan lagi diri ini. Ape hak kita nak mengaku hebat sebagai bangsa yang beragama Islam kalau diri sendiri ni huru-hara? Bangsa kita huru-hara? Ape sumbangan kita terhadap Islam, sampai nak mengaku kita ni hebat??  Okay, tak payah nak hebat2 sgt ahhhh kalau kita masih tak mampu nak berhijrah ke arah kebaikan, masih di tampuk lama. Mane anjakan paradigma yang selama nih seharusnya menjadi resolusi kita?? Kalau gejala sosial masih berleluasa dan mungkin jugak semakin berleluasa?  Xyah la kita nak salahkan siapa2 dalam hal ni. Cukup lah kita mulakan dgn muhasabah diri sendiri dulu. Kalau kita sayang bangsa kita, kita sayang agama kita, mulakan dgn diri sendiri dulu. Kemudian baru pergi kepada anak bangsa, keluarga, masyarakat, pemimpin, negara. Tak payah nak berdolak dalih, tuding2 jari. Eh penat kot dengar.
 *opss ter emo lak. Maaf2…hee..  ok, motif dia, satu je. Jom  kite tarbiyah diri sendiri dulu, di samping, beramar makruf nahi mungkar ye. Saling ingat mengingati antara satu sama lain. Saling berkasih-sayang sesama umat. Fikirkan hala tuju agama kita, bangsa kita. Macam mana nak buat tu? Bersatu padu lah kawan2. Even kita sebagai pelajar, jangan la kita fikir ‘’saya pelajar je, ape yg sye boleh buat? ‘’ atau ‘’erk, sye xpandai la bab2 nih’’, etc2….jangan la ingat tujuan kita hanya untuk belajar untuk diri sendiri je. Dalam masa yang sama, tak salah kan kalau kita sebarkan kat kwn2 ape yg kite tau, saling menegur kalau kwn buat salah. Bersatu padu dlm menelaah. Jalinkan ukhwah yang suci kerana Allah. InsyaAllah, kalau semua masyarakat Melayu bersatu padu membangunkan ummah, akan lahirlah masyarakat melayu zaman lampau yang dikatakan dalam sejarah bahawa Melayu zaman lampau itu kuat pegangan agamanya,lembut tutur bicaranya, baik peribadinya serta bijaknya mereka dalam berdagang  dan berbagai2 lagi sifat2 mahmudah yang mereka teladani seperti mana disarankan oleh Islam.  

“Tidak beriman salah seorang darimu, hingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Erm konklusinya di sini, nampak tak, pentingnya bangsa Melayu ni untuk menaikkan nama Islam. memperhebat Islam sepertimana sejarah yang pernah tercipta. Memang bangsa melayu itu penting dan kita seharusnya berbangga dengan bangsa Melayu serta bahasa Melayu itu sendiri. Dah bangga tu, jangan lupe pula, kite kan membawa name Melayu serta paling penting, kita menjunjung nama Islam. Oleh itu, marilah bersatu padu membangunkan ummah demi mencari keredhaan Illahi.  Usah malu dengan bangsa lain kerana kita Melayu yang hebat. Kalau dahulu, kita boleh berdiri setaraf kuasa China. Kita boleh menguasai 2/3 dunia. Kenapa tidak sekarang?? Bangkitlah wahai jiwa muda! Umat Islam harus cemerlang. Ayuh majukan Islam! Majukan Melayu!
Saya, anak Melayu Melaka yang beragama Islam + berbahasa Melayu memohon maaf andai ada salah dan silap dalam menyusun kata.  Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, manakala yang buruk dtg daripada saya. ^^
"Sesiapa yang duduk sahaja tanpa ingin menegakkan syariat Islam, maka setiap saat dia menanggung dosa. ''
-(As-Syahid Imam Hasan Al-Banna)-

~by : anak Melayu~
*terima kasih penasihat HD yang membantu urusan mengedit..=)

Monday, January 24, 2011

YA UKHTI





"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh ALLAH,
Tidak sedikit pun ALLAH membenarkn mana2 lelaki menyentuh dirinya,
 walaupn hatinya..
Kerana ALLAH teramat mencintainya..

Tetapi andai kita bergelumang dgn cinta lelaki,
Di mana ALLAH untuk menjaga kita?
ALLAH seperti melepaskn kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakn kita"

"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,
bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali utk dijagaNYA.

Mengapa masih ragu2?"

"Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari"

Hargailah di atas kesempatan yang ALLAH berikn..
"Sebesar2 dosa adalah dosa yang dilakukn ketika kita rasa berdosa melakuknnya"
 ~Imam Ghazali~


Ukhti,

Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan..
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian..

Ukhti,

Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan..
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan..
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran..
Dari hidup dalam kesesatan..

Kerana jgn lupa
ukhti ku syg..
            Muliamu bukan pada pangkat dan harta, 
            Tapi kerana ISLAM..



Hurmm…betul… KEKUATAN USAH DITUNGGU TAPI HARUS DICARI…
terima kasih...=)

Moga kte semua mendapat keampunan serta rahmat dan hidayah daripada-Nya…

Amin ya Rabbal Alamin….

Friday, January 21, 2011

SEMUANYA KERANA ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
this is my first post n first blog.. 
mungkin bnyk kekurangan, harap dapat beri tunjuk ajar...=)

Untuk 1st post ni jugak, fika nak share sumthing yg mungkin ramai yg dah tau, mungkin jugak ramai yg belum tau.. dan bg fika, fika dh lame tau, tp susah nk apply dlm kehidupan seharian fika..hidup sbg seorg muslimah..
n right now, 2 a.m. 20th january 2011, fika berharap dan akan berusaha utk menjadi seorg muslimah sejati.. pada masa yg same fika sgt berharap agar family n para sahabat dpt memberi dorongan serta tunjuk ajar pada fika to be a better muslimah..

okay... fika pernah terbace satu artikel nih, di mane fika sgt tertarik dan nk share dgn sume. Tajuknya ''Aku tinggalkan dia kerana Allah''..


~Dengan nama Allah...~

sebaik-baik Pemberi Ganjaran.

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai gadis.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.

Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai kekasih,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.
Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu permata yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bulan yang bersinar,
Untuk itu,
Aku tinggalkan dirimu pada-Nya,
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.

Yakinlah pada janji Allah!

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji,
dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),
dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik,
dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).

Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu).

Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)."

[Surah An Nur: 26]

"Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,

Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),

Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas."
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]

"Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya."
[Surah As Syams: 8-10]

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:

"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu."
[Surah Fussilat: 30]

"Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,

Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
[Surah Fussilat: 36]

Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanmu,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
Sentiasa.

           Sudah tentu kita semua inginkan pasangan yang terbaik buat kita. jodoh ketentuan Allah tentukan. jika betul kita ditakdirkan untuk satu sama lain, hidup sebagai pasangan bahagia, Tuhan akan pertemukan kita kembali, walau bagaimana cara sekali pon, walau dimana kita berada. have faith in Him. Dia telah menetapkan jodoh yang terbaik buat kita. 
             Wahai sahabat, cinta dan perasaan kasih kepada seseorg itu tidak salah jika kita salurkan dengan jalan yang betul. insyaAllah, this period of time, we can prepare ourself, mencari kekuatan, to be the one who can deliver love the correct way. 



          Kepada yg mungkin skrg tgh hangat ber'cinta' , berc'couple', baru jer berpisah dgn bf, gf, dan yg xpasti lg dgn siapa jodoh anda akhirnya... renung2kanlah... kerana akan ada suatu masa nanti, anda akan terfikir masa lalu anda. anda akan menyesal dengan apa yg pernah anda lakukan. anda akan berasa malu yang teramat untuk berdepan dgn Allah yg Maha Mengetahui. jangan khuatir anda masih belum terlambat. bangunlah wahai sahabat. tegakkan jati dirimu, cekalkan hatimu. kuatkan imanmu... mari menuju ke jalan Allah. sesengguhnya Allah Maha Pengampun... ''ya Allah, sesungguhnya terlalu banyak kesilapan serta dosa yang aku lakukan. Ampuni aku ya Allah.''. 

Search Results

  1. Wallahualam bi shawab..